Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duta PBB gesa Kemboja bebas 5 pekerja hak asasi

    PHNOM PENH, 26 Jan – Duta PBB menggesa Kemboja supaya membebaskan lima pekerja hak asasi manusia, ditahan dalam pergaduhan mengenai skandal seks yang menyelubungi gerakan pembangkang Negara.

    Empat pekerja sekarang dan seorang bekas pekerja Persatuan Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Kemboja (ADHOC) dipenjarakan pada April kerana didakwa menggalak seorang pendandan rambut berusia 25 tahun menafikan menjalin hubungan dengan pemangku pemimpin pembangkang Kem Sokha.

    Kes itu dilihat sebagai usaha terbaru Perdana Menteri Hun Sen untuk melumpuhkan pembangkang yang berusaha menamatkan penguasaan pemimpin berusia 31 tahun dalam politik Kemboja, walaupun ahli politik berkenaan diampunkan oleh raja pada bulan lalu.

    Pada Selasa, dua pakar hak PBB menyoal ‘asas undang-undang’ penahanan pekerja hak, menggambarkan mereka sebagai ‘sewenang-wenang’.

    “Mereka telah lama dijadikan tebusan, sudah tiba masanya mereka dibebaskan,” kata Rhona Smith, wartawan khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Kemboja, dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda