Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pengalaman dibuli segar di minda

    Kejadian buli dalam kalangan kanak-kanak bukan perkara baru berlaku dalam masyarakat malah setiap hari ada sahaja berita mengenainya dilaporkan sehingga ada di antara mangsa mengalami trauma berpanjangan.

    Itu juga yang terjadi kepada vokalis kumpulan Sheila On 7 iaitu Duta yang mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli ketika usianya empat tahun ketika menetap di Amerika Syarikat (AS) bersama keluarganya.

    Jelas Duta atau Akhdiyat Duta Modjo, 43, meskipun dia terlalu kecil untuk mengingati pelbagai perkara yang berlaku ketika kecil namun kejadian dia dibuli tersemat di dalam mindanya sehingga ke hari ini.

    “Tidak banyak memori yang saya ingat ketika kecil tetapi yang pasti insiden saya dibuli segar dalam ingatan. Entah mengapa pengalaman itu tidak pernah pudar dalam ingatan,” katanya.

    Tidak mahu memperincikan pengalaman buruk itu, Duta bagaimanapun memberitahu dia juga sentiasa mengingati memori diletakkan di bawah jagaan jirannya yang juga warganegara Malaysia apabila ibu bapanya sibuk.

    Selain pasangan dari Malaysia itu, Duta berkata bahawa dia juga beruntung masih berpeluang bertemu dengan dua sahabat baik bapanya yang banyak berkongsi kisah suka duka bersama mereka ketika berada di AS.

    “Jiran saya adalah orang Malaysia dan saya sering dijaga oleh mereka jika ibu bapa sibuk. Namun selepas pulang ke Indonesia hubungan kami terputus.

    “Bagaimanapun saya bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan dua sahabat bapa saya yang berasal dari Lampung, Indonesia ketika mengadakan persembahan di sana,” jelasnya.

    Untuk rekod, Duta lahir pada 30 April 1980 di Lexington iaitu salah satu bandar di Kentucky, AS.

    Penyanyi itu menetap di sana sehingga berusia empat tahun kerana mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di negara itu. – Agensi

    Pengalaman dibuli semasa kecil masih segar dalam ingatan Duta.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...