Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Duta Rusia disimbah cat merah

    WARSAW, 9 MEI – Duta Rusia ke Poland di-simbah cecair merah oleh aktivis pro-Ukraine di Warsaw hari ini apabila beliau cuba meletakkan kalungan bunga sempena sambutan Hari Kemenangan.

    Hari Kemenangan diraikan setiap tahun pada 9 Mei untuk memperingati kekalahan Nazi Jerman oleh Soviet dalam Perang Dunia Kedua. Acara tahun ini diadakan ketika kempen ketenteraan Moscow di Ukraine memasuki bulan ketiga.

    “Di Warsaw, semasa acara meletakkan kalungan bunga di perkuburan tentera Soviet, satu serangan dilancarkan ke atas duta Rusia ke Poland, Sergei Andreev, dan diplomat Rusia yang menemaninya,” kata jurucakap kementerian luar Rusia Maria Zakharova di Telegram.

    “Peminat neo-Nazi telah menunjukkan wajah mereka sekali lagi,” kata beliau, merujuk kepada dasar Rusia yang sedang menentang neo-Nazi di Ukraine.

    Sambil melaung ‘orang Fasis’ dan mengibarkan bendera kebangsaan kuning dan biru, aktivis pro-Ukraine menyekat jalan ketika duta berjalan ke makam, menghalang beliau daripada meletakkan kalungan bunga, menurut jurugambar AFP di tempat kejadian.

    Beberapa individu seterusnya menyimbah cecair merah pada muka dan pakaiannya.

    Andreev memberitahu agensi berita Rusia RIA Novosti bahawa beliau tidak mengalami kecederaan dalam serangan itu, menambah cecair merah merupakan cat. – AFP

    Duta Sergey Andreev disimbah cat merah oleh pembantah di Warsaw, Poland kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...