Duterte arah tangkap orang pakai penutup mulut dan hidung tak betul

MANILA, 6 MEI – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengarahkan polis menangkap sesiapa sahaja yang tidak memakai penutup mulut dan hidung dengan betul, termasuk di bawah hidung, ketika negara itu membasmi jangkitan koronavirus yang semakin meningkat.

Duterte mengeluarkan arahan itu selepas satu mesyuarat dengan pasukan tugas khas COVID-19 – di mana setiap orang kecuali Duterte dilihat memakai penutup mulut dan hidung wajib – berdasarkan satu video rasmi dikeluarkan lewat kelmarin.

Beribu-ribu orang sudah dihukum kerana melanggar peraturan COVID-19 semenjak hujung Mac ketika larangan diketatkan di ibu ne-gara dan wilayah sekitarnya selepas peningkatan mendadak kes virus.

Setiausaha kehakiman dan ketua polis menggesa pegawai mendenda pesalah atau mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja komuniti berbanding menangkap mereka, susulan kematian seorang lelaki yang dipaksa melakukan tekan tubi seratus kali sebagai hukuman melanggar perintah berkurung. – AFP