Duterte bebas kanser

MANILA, Filipina, 9 Okt – Pihak berkuasa Filipina berkata Presiden Rodrigo Duterte telah memberitahu anggota Kabinetnya bahawa ujian perubatan menunjukkan beliau bebas dari kanser tetapi beliau tidak akan mendedahkan laporan mengenai kesihatannya kepada awam.

Menteri dalam negeri, Eduardo Ano hari ini memberitahu para wartawan bahawa Duterte mengumumkan keputusan ujian perubatan itu dalam mesyuarat sekali gus menerima tepukan daripada anggota-anggota Kabinet. Dua anggota Kabinet turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

Duterte berkata buat pertama kali minggu lepas bahawa beliau mungkin menghidapi kanser dan berkata, beliau tidak mempunyai kepastian mengenai kesihatannya apabila beliau menunggu keputusan ujian perubatan itu.

Ano berkata, di tengah-tengah mesyuarat itu, presiden berkata ujiannya negatif.

“Kami tepuk tangan dan memberitahu beliau, Tahniah Tuan Presiden,” kata Ano.

Jurucakap presiden, Harry Roque berkata Duterte tidak akan mengeluarkan laporan kesihatannya secara terbuka dan berkata beliau akan merawat kesihatannya secara tertutup.”

Menurut Duterte, beliau menjalani endoskopi dan kolonoskopi kira-kira tiga minggu tetapi doktornya menasihatkan untuk menjalani ujian itu lagi minggu ini. Kedua-dua ujian itu adalah bertujuan untuk mengenal pasti perihal tidak normal terhadap pencernaan kolon dan traktus, termasuk pertumbuhan yang tidak berbahaya.

Duterte gagal untuk mengadakan mesyuarat Kabinet dan terlepas satu acara pada Rabu lepas selepas dilaporkan beliau telah dimasukkan hospital namun jurucakapnya menafikan laporan itu. – AP

Rodrigo Duterte semasa berucap di dalam majlis yang diadakan di Istana Presiden, Manila, Filipina kelmarin. – AP