Duterte dedah masalah kesihatan

MANILA, 6 OKT – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mendedahkan yang dia mengalami penyakit auto imun yang berpotensi mengundang komplikasi serius, keadaan terkini bagi pemimpin yang kesihatannya menjadi spekulasi.

Duterte, 74, menjadi individu tertua yang dipilih sebagai presiden negara itu dan persoalan tentang kesihatannya telah menjadi perbualan sejak menggalas jawatan pada 2016.

Dia yang sekali skala tidak menghadiri acara dan mesyuarat, serta bercakap tentang penyakitnya, telah menambah lagi spekulasi mengenai kesihatannya.

Duterte mendedahkan keadaan, miastenia gravis, pada satu kemunculannya di hadapan komuniti Filipina lewat kelmarin semasa lawatan ke Rusia.

“Sebelah mata saya kecil. Ia bergerak-gerak sendiri,”katanya, menurut transkrip yang dikeluarkan hari ini oleh pejabatnya.

“Ia adalah miastenia gravis. Ia kecacatan saraf. Saya mewarisinya dari nenek lelaki saya,” tambahnya.

Keadaan itu menyebabkan kelemahan otot dan boleh mengakibatkan kejatuhan kelopak mata, penglihatan kabur serta kelemahan melampau, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan AS. – AFP