Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Duterte ikrar haramkan sabung ayam dalam talian

MANILA, 3 MEI – Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah bersumpah untuk mengharamkan sabung ayam dalam talian berikutan bantahan terhadap industri berkenaan yang dicetuskan oleh kehilangan berpuluh-puluh pekerja dan kebimbangan mengenai kos sosial akibat perjudian.

Sabung ayam adalah aktiviti yang popular di negara itu, tetapi pandemik COVID telah memaksa penutupan arena-arena tradisional di mana penonton berkumpul untuk menyaksikan ayam-ayam yang memakai taji berbilah bertarung hingga mati. Kerajaan sebaliknya membenarkan francais kepada tujuh syarikat untuk menunjukkan pertandingan berdarah itu dan mengambil taruhan dalam talian, dikenali sebagai ‘e-sabong’.

Duterte sebalumnya telah menolak seruan-seruan untuk menghentikan amalan itu, menekankan bahawa cukai bernilai kira-kira 640 juta peso (AS$12 juta) daripada industri itu membantu mengisi tabung kerajaan yang berkurangan disebabkan pandemik.

Bagaimanapun, dalam ucapan yang disiarkan di televisyen hari ini, beberapa minggu sebelum meninggalkan pejabat, Duterte berkata “e-sabong akan berakhir menjelang malam ini”.

Seorang pegawai istana memberitahu AFP hari ini bahawa tegahan itu belum lagi dikeluarkan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -