Duterte lawat tapak pengeboman

MANILA, Filipina, 29 Jan – Presiden Rodrigo Duterte dan pegawai keselamatannya kelmarin melawat tapak pengeboman di selatan Filipina yang disyaki dilakukan oleh militan Islamic State (IS) sehingga meragut 20 orang dan mencederakan lebih daripada 100 orang.

Letupan bom pertama telah mengakibatkan sebahagian daripada mangsa tercedera dan kebanyakannya cuba melarikan diri. Pihak tentera dan polis tentera bergegas ke tempat kejadian ketika bom kedua meletup seminit kemudian.

Serangan itu berlaku di ibu kota Sulu di pulau Jolo, di mana militan Abu Sayyaf telah melakukan pengeboman dalam beberapa tahun ini, penculikan dan telah bekerjasama dengan kumpulan IS, yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan pertubuhan lainnya mengecam serangan itu. Majlis Keselamatan PBB kelmarin mengutuk serangan tersebut sebagai ‘keganasan dan pengecut’ dan berikrar untuk terus memburu individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut. – AP