Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duterte tegas pertahankan perang terhadap dadah

    MANILA, 28 OKT – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, dengan tegas mempertahankan perang terhadap dadah ketika dia memberi keterangan hari ini dalam siasatan senat mengenai tindakan keras yang dilancarkan beliau.

    Polis berkata kempen itu menyebabkan lebih 6,000 orang terkorban, tetapi kumpulan hak asasi manusia menganggarkan puluhan ribu lelaki kebanyakannya miskin dibunuh oleh pegawai dan pengawal, selalunya tanpa bukti yang mengaitkan mereka dengan dadah.

    Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang menyiasat dakwaan bahawa pembunuhan itu merupakan jenayah terhadap kemanusiaan yang dibenarkan oleh negara.

    “Jangan persoalkan dasar saya kerana saya tidak meminta maaf, tidak memberikan alasan.

    Saya melakukan apa yang saya perlu lakukan, dan sama ada awda percaya atau tidak, saya melakukannya untuk negara saya,” kata Duterte, 79, dalam satu kenyataan.

    “Saya benci dadah, jangan silap tentangnya,” tambahnya.

    Semasa kempen antidadah yang dilancarkannya sejurus selepas memegang jawatan pada 2016, Duterte mengarahkan polis menembak mati suspek.

    Walaupun tindakan keras itu telah dikutuk secara meluas dan mengakibatkan siasatan antarabangsa, hanya sembilan pegawai polis telah disabitkan bersalah kerana membunuh suspek dadah.

    Perang terhadap dadah berterusan di bawah pengganti Duterte, Ferdinand Marcos, walaupun beliau lebih menekankan kepada pencegahan dan pemulihan. – AFP

    Duterte bercakap semasa siasatan senat mengenai perang terhadap dadah di Senat Filipina pada 28 Oktober di Manila. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda