Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duterte tidak teragak hukum anak jika terlibat dadah

    MANILA, 21 Sept – Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata anak lelaki beliau akan dibunuh jika tuduhan pengedaran dadah ke atas ahli politik muda itu benar dan pihak polis yang melaksanakan pembunuhan itu akan dilindungi dari pendakwaan.

    Paolo Duterte, 42 tahun, bulan ini muncul di hadapan penyiasatan senat untuk menafikan tuduhan yang dibuat oleh seorang ahli undangan pembangkang bahawa dia adalah anggota kumpulan kongsi gelap China yang telah membantu menyeludup dadah dalam penghantaran besar syabu dari China.

    Presiden Duterte tidak merujuk kepada tuduhan secara khusus tetapi mengulangi kenyataannya dari kempen pilihan raya tahun lalu bahawa tidak seorang pun anak-anaknya terlibat dengan dadah, tetapi mereka akan berdepan hukuman paling teruk jika mereka terlibat dengan dadah.

    “Saya pernah katakan sebelum ini, arahan saya ialah “Jika anak-anak saya yang terlibat dengan dadah, bunuh mereka supaya rakyat tidak akan berkata apa-apa,” Duterte berkata dalam ucapan malam semalam di hadapan para pekerja kerajaan di istana presiden di Manila.

    Ribuan penunjuk perasaan anti-Presiden Filipina mengadakan perkumpulan di sebuah taman di Manila. – AFP

    Duterte berkata “Oleh itu saya memberitahu Pulong (nama panggilan Paolo): “Arahan saya ialah bunuh kamu jika kamu ditangkap. Dan saya akan melindungi polis yang membunuh kamu, jika itu benar.”

    Duterte, 72 tahu, yang telah memenangi pilihan raya presiden dengan asas peraturan dan undang-undang yang kejam yang mana beliau berjanji pada kempen yang tidak pernah wujud sebegitu, untuk menghapuskan dadah dalam masyarakat dengan membunuh sehingga 100,000 orang penyeludup dan penagih dadah.

    Sejak beliau memegang jawatannya pada pertengahan tahun lalu, pihak polis dilaporkan telah membunuh lebih 3,800 orang dalam operasi antidadah sementara beribu-ribu lagi dibunuh dalam keadaan yang tidak dijelaskan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda