Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Duterte tolak cadangan daftar pengguna media

MANILA, 15 APRIL – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah menolak cadangan undang-undang mewajibkan pengguna media sosial untuk mendaftarkan nama sebenar dan nombor telefon mereka, memetik ancaman untuk bersuara bebas dan privasi, menurut jurucakapnya hari ini.

Undang-undang itu, yang direka untuk membanteras berita palsu, penganiayaan dalam talian, penipuan teks dan pengeboman pengganas, turut memerlukan nombor telefon pengguna untuk memberikan butiran peribadi apabila membeli kad SIM.

Ia diluluskan oleh kedua-dua dewan Kongres pada Februari, tetapi pengkritik berkata ia adalah suatu bentuk pengawasan negara.

Walaupun dia menyokong usaha untuk menangani jenayah siber dan kesalahan dalam talian lainnya, namun Duterte berkata dia membantah memasukkan pendaftaran pengguna media sosial ke dalam rang undang-undang.

Dia menyeru ‘kajian lebih teliti’ diadakan mengenai cadangan itu, memetik kebimbangan ia boleh membawa kepada ‘pencerobohan negara yang berbahaya dan pengawasan yang mengancam banyak hak yang dilindungi’ seperti privasi individu dan kebebasan bersuara, menurut jurucakap presiden, Martin Andanar dalam kenyataan.

Warga Filipina menduduki ranking teratas pengguna media sosial tertinggi di dunia, dan negara itu menjadi tempat utama untuk berita mengelirukan dan berita palsu.

Renato Reyes, setiausaha am pakatan berhaluan kiri, Bayan, mengalu-alukan keputusan itu, dan berkata pendaftaran kad SIM dan media sosial akan menimbulkan ‘kesan mengerikan’ bagi pengguna dan ‘tidak akan membanteras jenayah’.

“Sebahagian besar masalah ini adalah kerajaan itu sendiri, di mana ia mengambil manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada aktiviti dalam talian,” kata Reyes dalam kenyataan.

“Kami patut bermula dengan meminta kerajaan untuk berhenti menjadikan media sosial sebagai senjata dan menyerang orang dalam media sosial.”

Kemenangan pilihan raya Duterte pada 2016 diperkukuhkan oleh kempen media sosial pada masa apabila maklumat mengelirukan di media sosial semakin meningkat. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -