MANILA, 5 Mac – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mengulangi hasratnya untuk menukar nama Filipina kepada Maharlika, lapor agensi berita Xinhua.
Berucap pada malam kelmarin, Duterte berkata beliau belum terfikir nama yang khusus lagi.
“Belum ada nama tertentu tetapi saya yakin untuk menukarnya kerana nama Filipina dinamakan sempena Raja Philip (II),” katanya.
Di bawah perlembagaan Filipina, Kongres boleh menukar nama berdasarkan undang-undang dan akan berkuat kuasa selepas menerima persetujuan ramai menerusi pungutan suara.
Bulan lalu beliau mencadangkan nama ‘Maharlika’ sebagai usaha untuk keluar dari zaman penjajahan.
Kepulauan Filipina merupakan negara bekas jajahan Sepanyol sejak berabad lamanya, sehingga diserahkan kepada Amerika Syarikat pada 1898. Filipina dinamakan sempena nama Raja Sepanyol, Philip II.
Sebelum ini pada 1978, bekas senator telah memfailkan draf undang-undang di Kongres mahu mengubah nama Filipina kepada Maharlika. – Bernama


































