Dwayne harap Justin bakal jadi bapa

Dwayne Johnson baru-baru ini meramalkan bahawa Justin Bieber dan Hailey Baldwin bakal menimang cahaya mata pada tahun 2021. Tetapi, pasangan bahagia itu pula mempunyai perancangan sebaliknya.

Justin Bieber, 26, merupakan bapa saudara yang baik selepas dia dilihat tidak kekok memegang anak buahnya, Iris Elle, dalam gambar terbaharu yang dikongsinya di sosial media pada 23 Ogos lalu.

Dalam gambar tersebut, Justin memegang anak damit yang baru lahir dalam pelukannya.

Kakak iparnya, Alaia Baldwin, 27, dan suaminya menyambut baik kedatangan Justin dan isterinya Hailey Baldwin, 23, yang merupakan antara pelawat pertama.

Gambar tersebut juga mendapat tanda suka daripada peminat Justin, di mana Dwayne turut meninggalkan komen yang berbunyi: ‘Saya mengharapkan awak dan H bakal menimang cahaya mata pada 2021 nanti.’

Sumber memberitahu HollywoodLife eksklusif bahawa penyanyi pop kelahiran Kanada itu tidak memandang serius komen ini.

“Mereka adalah kawan baik dan mereka suka mengusik antara satu sama lain. Justin menganggap dia seorang yang lucu tetapi dia tidak menganggapnya serius, itu hanya jenaka dan sekadar hiburan.“ – Agensi

Menurut sumber, pasangan itu sememangnya suka meluangkan masa dengan kanak-kanak tetapi memerlukan masa yang tepat untuk mempunyai cahaya mata mereka sendiri. – Agensi