Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dybala, Higuain tundukkan Lazio

    MILAN, 23 Jan – Paulo Dybala membuka jaringan di minit kelima dan Gonzalo Higuain menambah jaringan kedua Juventus tidak lama selepas itu bagi menewaskan Lazio dengan jaringan 2-0 semalam bagi mengekalkan satu mata mereka ke atas Roma.

    Meskipun mempunyai rekod tidak bagus menentang gergasi Turin dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Lazio berkunjung ke Turin dengan harapan untuk menamatkan 26 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri juara Serie A itu.

    Kemenangan ke-16 dalam kempen ini membawa Juve satu mata di depan Roma, dan empat mata di depan Napoli yang berada di tangga ketiga selepas menang 2-1 ke atas AC Milan minggu lepas. Kekalahan Milan itu bermakna mereka kekal berada di tangga kelima, ketinggalan 11 mata di belakang Juventus.

    Gonzalo Higuain (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Juventus dalam aksi Serie A antara Juventus dan Lazio. – AP
    Gonzalo Higuain (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Juventus dalam aksi Serie A antara Juventus dan Lazio. – AP

    Kembali dalam aksi Liga Juara-Juara di Porto bulan depan, Allegri berkata: “Saya bertanya kepada para pemain untuk melakukan persembahan pasukan besar kerana itu yang kami perlukan di Eropah, dan mereka berjaya melakukannya.

    “Kami telah membuat beberapa kesilapan tetapi dari segi bertahan kami melakukan sangat baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda