Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dybala ikrar bantu Roma raih kejayaan

    ROM, 27 JULAI – Penyerang Argentina, Paulo Dybala menerusi sidang akhbar pertamanya kelmarin sejak menandatangani kontrak tiga tahun bersama Roma berkata, dia berharap dapat memanfaatkan pengalamannya bagi membantu skuad tersebut meraih kejayaan.

    Pemenang Liga Persidangan Europa, Roma, yang menduduki tempat keenam dalam Serie A musim lalu, mengumumkan sebelum ini bahawa mereka telah menandatangani Dybala selepas kontraknya bersama Juventus tamat.

    Jose Mourinho juga telah menandatangani bekas pemain tengah Manchester United yang berusia 33 tahun, Nemanja Matic ke dalam skuadnya pada musim panas ini.

    Dybala, 28, menghabiskan selama tujuh tahun menjulang trofi di Turin, selepas menyertai Juve dari Palermo pada 2015, tetapi telah ditimpa kecederaan sejak dua musim lalu.

    “Jelas sekali saya mempunyai pengalaman selepas bertahun-tahun di Juventus, pasukan yang sudah biasa menang dan mentaliti itu telah ditanai dalam diri saya sejak hari pertama,” katanya kepada pemberita.

    “Memandangkan kami adalah sebuah pasukan muda, saya akan cuba memberikan segala-galanya untuk membawa pengalaman itu bagi mencipta banyak kemenangan dan membantu untuk menjadi positif dalam saat-saat sukar yang akan berlaku sepanjang tahun ini,” tambahnya.

    Roma memenangi tiga kejuaraan Serie A mereka yang terakhir pada 2001 tetapi akan berharap untuk meneruskan kejuaraan itu sekali lagi di bawah Mourinho, yang telah memenangi lapan kejuaraan liga domestik dalam karier pengurusannya. – AFP

    Reaksi Paulo Dybala meraikan golnya semasa perlawanan bola sepak Serie A antara Juventus dan Sampdoria di Turin, Itali, pada 26 September 2021. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...