Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Dybala jaringkan dua gol menentang Monza

    MILAN, 31 OGOS – Jaringan Paulo Dybala telah melonjakkan Roma untuk mengungguli Serie A kelmarin selepas meledak dua gol menewaskan Monza 3-0 manakala Inter Milan ketinggalan satu mata di belakang pasukan Jose Mourinho selepas kemenangan 3-1 di tempat sendiri ke atas Cremonese.

    Gol Dybala hadir selepas menerima hantaran daripada Tammy Abraham, yang membuat pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol pertamanya untuk Roma pada minit ke-18.

    Dybala menambah jaringannya dalam liga utama Itali selepas menjaringkan dua gol dalam 32 minit pertama di Stadio Olimpico untuk meletakkan Roma dengan 10 mata daripada empat perlawanan pertama mereka.

    Roma, yang turut menjaringkan gol sejurus selepas sejam menerusi tandukan Roger Ibanez daripada sepakan sudut Lorenzo Pellegrini, mendahului dua mata di hadapan AC Milan yang berada di tempat ketiga selepas juara itu terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Sassuolo.

    “Saya benar-benar mahu menjaringkann gol, dan bernasib baik ia berlaku di hadapan penyokong kami jadi saya sangat gembira,” kata Dybala kepada DAZN, yang menambah “terlalu awal untuk bercakap” mengenai cabaran gelaran.

    Apabila ditanya mana yang menjadi kegemarannya daripada 100 golnya di liga utama Itali, Dybala tersenyum lebar dan berkata, “Yang seterusnya.” – AFP

    Aksi Paulo Dybala (kiri) menjaringkan gol menentang Monza semasa perlawanan bola sepak Serie A di Stadium Olimpik Rom, Selasa, 30 Ogos 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...