Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dybala kembali ke Turin bersama Roma

    MILAN, 25 OGOS – Paulo Dybala akan memimpin Roma pada Sabtu ketika pasukan itu berusaha untuk meneruskan rekod sempurna di Serie A apabila dia kembali ke Juventus, kelab yang ditinggalkannya pada musim panas ini.

    Roma akan membuat kunjungan ke Turin selepas mencatatkan dua kemenangan menewaskan Salernitana dan Cremonese namun pasukan itu sedikit terganggu susulan ketiadaan Georginio Wijnaldum dan Nicolo Zaniolo kerana mengalami kecederaan.

    Zaniolo merupakan pemain paling menyinar buat Roma dalam dua perlawanan pembukaan namun selepas pemain kebangsaan Itali itu mengalami kecederaan bahu pada Isnin tanggungjawab memimpin pasukan akan digalas oleh pemain bintang baharu Dybala untuk menjatuhkan bekas kelabnya.

    Penyerang Argentina itu sedih ketika mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Juventus pada Mei lalu, duduk di padang Stadium Allianz bersama Dusan Vlahovic selepas peminat pulang dan mengenangkan masa depan setelah pihak pengurusan memutuskan untuk menamatkan karier pemain itu selama tujuh tahun di kelab terbesar Itali itu.

    Rundingan berlarutan mengenai pembaharuan kontrak berakhir apabila Juventus tidak bersetuju dengan perjanjian lisan untuk meningkatkan gaji pemain itu kepada lapan juta euro berserta bonus, memandangkan ia terlalu tinggi buat hierarki kelab. – AFP

    Reaksi Paulo Dybala membuat hantaran semasa perlawanan antara AS Roma dan Cremonese, 22 Ogos lalu.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...