Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Dybala sah tinggalkan Juventus

    MILAN, 22 MAC – Paulo Dybala akan meninggalkan Juventus pada penghujung musim selepas kelab Serie A itu mengesahkan hari ini mereka tidak melanjutkan kontrak pemain Argentina yang dijadualkan tamat pada musim panas.

    CEO Juve, Maurizio Arrivabene mengakhiri spekulasi beberapa bulan selepas dia berkata kelab berkenaan tidak mengemukakan tawaran kepada wakil Dybala ketika perbincangan dilakukan di Turin sebelum ini.

    Dybala telah menanti rundingan mengenai lanjutan kontrak selepas perjanjian secara lisan dipersetujui pada Oktober, yang menyaksikan peningkatan gaji sehingga lapan juta euro semusim, telah dipertimbangkan semula oleh kelab.

    “Dengan kehadiran penyerang Dusan Vlahovic pada Januari, struktur bola sepak di kelab itu telah berubah. Projek Juventus juga berubah dan sebahagian daripada perubahan ini adalah termasuk kontrak Dybala yang pada hari ini tidak diperbaharui,” beritahu Arrivabene kepada wartawan.

    “Adalah agak mudah untuk Juventus untuk mengurangkan tawaran tetapi ia mungkin tidak menghormati pihak Paulo.”

    Aksi Paulo Dybala (kiri) sambil dikawal Federico Fazio semasa perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Salernitana di stadium Juventus di Turin pada 20 Mac. – AFP

    Kini sebagai pemain bebas, media Itali melaporkan bahawa Dybala mungkin berpindah ke seteru tradisi Juve, Inter Milan dengan Atletico Madrid turut berminat mendapatkan khidmatnya.

    Pemain berusia 28 tahun itu bergelut dengan beberapa kecederaan sejak dua musim lalu dan Arrivabene berkata ketiadaan pemain itu memainkan peranan dalam keputusan kelab untuk tidak melanjutkan kontraknya.

    “Paulo bukan lagi projek Juventus, itulah sebabnya kenapa kami memilih membuat keputusan ini,” katanya.

    Dybala menandatangani kontrak untuk Juventus dari Palermo pada 2015 dan sejak itu dia memenangi lima kejuaraan liga Serie A dan empat Piala Itali.

    Dia juga beraksi dalam pasukan yang mara ke final Liga Juara-Juara 2017 sebelum tewas kepada Real Madrid. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...