Dynamik Technologies anjur ceramah, hulur sumbangan Aidiladha

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha, Dynamik Technologies telah menganjurkan ceramah keagamaan bagi pegawai-pegawai dan ahli-ahli Anggerek Desa Tech Park (ADTP) di Dewan Auditorium Utama, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, hari ini.

Ceramah bertajuk ‘Keimanan dan Keikhlasan Pengajaran dari Pengorbanan Rasulullah’ disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Ceramah tersebut turut disiarkan secara langsung melalui akaun Instagram Dynamik Technologies untuk ditonton oleh orang ramai. Majlis diteruskan dengan sumbangan derma korban dan akikah berjumlah $7,190 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina binti Taib kepada Presiden Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), Awang Yusuf Halim.

Sumbangan tersebut adalah hasil daripada sumbangan kakitangan Dynamik Technologies dan ahli keluarga termasuk sumbangan korporat yang bertujuan untuk membantu pelarian Rohingya dan kurang bernasib baik di Bangladesh.

Dayang Haslina menyerahkan sumbangan kepada Awang Yusuf Halim.
Ceramah sempena Aidiladha disampaikan oleh Dr Andas Haji Ismuhadi.