Dynamik technologies hargai petugas barisan depan

Gambar serahan Dynamik Technologies

Perkhidmatan Korporat Dynamik Technologies, Hajah Siti Rozana binti Dato Paduka Haji Yunos menyerahkan sumbangan daripada Dynamik Technologies kepada Timbalan Pengarah Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan, Hajah Siti Ajar binti Haji Yusof pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, pada 13 April lalu. Sumbangan berupa barangan keperluan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Dynamik Technologies sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada pasukan petugas barisan depan yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19 atas khidmat dan pengorbanan mereka.