Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dynamite lepasi 1.6b tontonan

    Video muzik Dynamite dendangan kumpulan sensasi BTS mencatat lebih 1.6 bilion tontonan di YouTube pada Selasa sekali gus menjadikan ia video kedua BTS paling banyak ditonton.

    Video berkenaan dikeluarkan pada Ogos 2020 dan berjaya mencecah jumlah itu pada 4:26 pagi, lapor agensi berita Yonhap memetik agensi pengurusan Big Hit Music.

    Ia menjadi video muzik kedua yang melepasi 1.6 bilion tontonan selepas Boy with Luv.

    Dynamite, lagu berbahasa Inggeris pertama BTS dan menjadikan kumpulan K-pop ini sebagai artis Korea pertama yang debut di No. 1 carta single utama Billboard Hot 100 pada 2020 dan memenangi pencalonan Grammy.

    BTS kini mempunyai 39 video muzik dengan lebih 100 juta tontonan termasuk Dynamite. – Bernama

    Video muzik BTS, Dynamite melepasi 1.6 bilion tontonan di YouTube. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...