Dzulfaizal ketuai MPP Labuan bagi penggal 2020-2021

LABUAN, 7 JUN – Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan, dliantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (MPP) serta lima pengerusi zon kecil baharu bagi penggal 2020-2021.

Pengerusi zon kecil baharu ialah, Rahim Mohd Salleh dari PAS – Zon Kecil 1, Chew Chin Hui (MCA) – Zon Kecil 2,  Omar Masir (UMNO) – Zon Kecil 3, Ahmad Junid Mohd Aling (PAS) – Zon Kecil 4 dan wakil Bersatu, Fadilah Eddy Abdul Khalid  bagi Zon Kecil 5.

Surat pelantikan tersebut disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, di Wisma Perbadanan Labuan, di sini, hari ini.

Mohd Dzulfaizal memberitahu Bernama bahawa pelantikan barisan baharu itu diwakili semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) ke arah memupuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum serta menumpukan kepada keperluan pembangunan di kesemua 27 kampung di Labuan. – Bernama

Tan Sri Annuar Musa (dua, kanan) menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi Zon bagi MPPWP Labuan yang baharu kepada Mohd Dzulfaizal Manan (dua, kiri) di Wisma Perbadanan Labuan kelmarin. – Bernama