SAINT PETERSBURG, 25 Sept – Damir Dzumhur bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain pilihan ketiga dari Itali, Fabio Fognini di St Petersburg dan menjadi pemain Bosnia pertama untuk memenangi gelaran Jelajah ATP.
Pemain berusia 25 tahun itu muncul pemenang selepas keputusan 3-6, 6-4, 6-2 bagi meraih kemenangan pertamanya ke atas Fognini daripada tiga pertembungan.
“Saya begitu gementar dalam set pertama dan gagal mendapatkan rentak saya, sementara Fabio bermain dengan baik,” kata Dzumhur.
“Tetapi saya cuba kekal dalam permainan dan itu membantu saya menghadapi set kedua. Dalam set penentuan, saya menemui rentak saya dan bemain dengan baik sementara Fabio merosot. Keseluruhannya ia adalah hari hebat untuk saya.” – AFP