Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dzyuba ‘beri arahan’

    MOSCOW, 7 Ogos – Penyerang antarabangsa Rusia Artem Dzyuba, yang menjadi hero kebangsaan berikutan aksinya dalam Piala Dunia di negara itu bulan lalu, kini menjadi sebagai ‘suara’ dalam perkhidmatan Navigasi terkenal, Yandex.

    “Kami turut menyaksikan Piala Dunia dan menyokong pasukan kami,” kata syarikat dari Rusia itu dalam kenyataannya semalam.

    “Kami gembira untuk memaklumkan suara Artem Dzyuba, penyerang pasukan kebangsaan Rusia, muncul dalam Yandex.Navigator,” tambahnya.

    Syarikat itu berkata Dzyuba telah merekodkan lebih 120 frasa bagi perkhidmatan yang digunakan oleh 16 juta orang pemandu sebulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda