Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    e-Education Solutions mula diaktifkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Selaras dengan Wawasan Brunei 2035 ke arah mempunyai penduduk yang berkemahiran tinggi, berpendidikan dan berjaya, projek e-Education Solutions selama tiga tahun yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) kepada industri telekomunikasi Brunei iaitu Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), Datastream Digital Sdn Bhd (DST), imagine Sdn Bhd dan Progresif Sdn Bhd mula berkuat kuasa hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNN, di sini, projek itu merupakan inisiatif kolaborasi antara kementerian-kementerian dan industri telekomunikasi Brunei untuk membekalkan komputer riba dan data Internet bagi guru-guru dan pelajar kurang berkemampuan daripada institusi pendidikan dan sekolah awam di bawah Kementerian Pendidikan dan KHEU.

    Projek itu dilaksanakan pada 2021 apabila ia menjadi jelas bahawa peralihan substantif kepada pengajaran dan pembelajaran dalam talian memerlukan pendekatan saiz asas, khususnya semasa pandemik yang telah mengalihkan pembelajaran normal dalam sektor pendidikan daripada sebuah bilik darjah fizikal kepada kelas dalam talian.

    Oleh itu, pendekatan projek e-Education merangkumi komponen bagi pembelajaran dan pengajaran dalam talian di mana kandungan berkualiti tinggi bagi kelas dalam talian perlu disediakan menerusi sumber-sumber dan aplikasi yang boleh diakses umum kepada semua pelajar-pelajar dan guru, peranti-peranti digital seperti komputer riba yang perlu ada bagi guru-guru untuk menyediakan pelajaran serta menjana bahan-bahan digital bagi bilik darjah atas talian, peranti-peranti digital juga perlu ada bagi pelajar-pelajar supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam kelas atas talian khususnya bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli peranti-peranti berkenaan serta kesalinghubungan yang dapat menghubungkan kesemua peranti dan kandungan itu bersama.

    Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, KHEU, Dayang Rosyanti binti Haji Lamat dipetik berkata, statistik menunjukkan peningkatan drastik penggunaan teknologi digital dalam institusi pendidikan agama sejak pembelajaran dan pengajaran dalam talian dilaksanakan.

    Pemangku Pengarah Jabatan Informasi dan Bahagian Teknologi Komunikasi, Kementerian Pendidikan, Chan Yong Kim pula berkata, projek itu juga bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar kurang bernasib baik dan semua guru dari sekolah-sekolah awam di bawah Kementerian Pendidikan untuk membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran home-based dengan lebih efektif.

    Kenyataan menyatakan bahawa menerajui projek bernilai $30 juta itu, UNN bersama-sama DST, imagine dan Progresif telah memperoleh dan membekalkan sebanyak 15,000 komputer riba, 1,750 dongles bagi data Internet dan lebih 16,000 kad SIM kepada sekolah-sekolah, institusi-institusi, guru dan pelajar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan KHEU sejak pertengahan Februari 2022 dengan penghantaran selesai pada lewat
    minggu lepas.

    Daripada UNN, peruntukan telah dibuat dalam rangkaian untuk menyediakan sumber-sumber e-Pembelajaran dan aliran khusus seperti yang ditetapkan oleh kementerian-kementerian kepada kumpulan-kumpulan pengguna ditetapkan dan untuk memastikan bahawa komputer riba terus dikemas kini dan patches sekuriti dipasang sebelum diedarkan.

    Manakala itu, daripada penyedia perkhidmatan, DST, imagine dan Progresif adalah kad-kad SIM dalam komputer riba dan dongles yang dilengkapkan dengan 10 GB data mudah alih sebulan dan peruntukan bulanan secara automatik bagi memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar mempunyai data mencukupi untuk menjalankan e-pembelajaran mereka.

    Data yang tidak digunakan pada bulan itu akan dibawa ke bulan hadapan dan dapat digunakan tanpa had.

    Dengan e-Education Solutions diaktifkan, semua guru dan pelajar-pelajar yang telah menerima peranti di bawah inisiatif projek berkenaan akan menerima sambungan data pertama 10 GB bulanan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...