e-Kaunseling untuk warga PDI

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT– Bagi memastikan kesihatan mental warganya sentiasa terjaga semasa penularan wabak COVID-19 ini, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan e-Kaunseling.

E-kaunseling berkenaan adalah mengenai menghadapi pandemik COVID-19, penjarakan sosial dan bekerja dari rumah (WFH).

Menurut PDI, warga pusat berkenaan yang mengalami masalah stres, cemas, takut, tekanan perasaan, sedih, bersalah, kemurungan, marah, dan banyak lagi boleh mendapat perkhidmatan e-kaunseling tersebut dengan menghantar e-mel di mana kesemua maklumat data dan peribadi akan dirahsiakan.

Waktu operasi untuk e-kaunseling berkenaan ialah setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 2 petang hingga 4 petang.

Perkhidmatan berkenaan dibukakan bagi warga PDI sahaja yang ingin mengongsikan permasalahan atau aduan yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kebajikan warga PDI.