Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    E-PBCTA kongsi pengalaman pembangunan belia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – E-Program Belia Cinta Tanah Air (E-PBCTA) 2022 yang diadakan selama empat hari anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan yang disertai 60 peserta berakhir pada hari ini dengan majlis penutup yang diadakan secara maya.

    Menurut Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat, pengendalian E-PBCTA kali ini adalah berlainan dari tahun sebelumnya di mana pada tahun ini ianya diadakan secara maya sepenuhnya.

    Bagaimanapun jelasnya, ia tidak menghalang para peserta untuk terus berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing untuk mencipta inovasi dan kreativiti melalui teknologi sebagai generasi digital.

    Beliau seterusnya berharap agar program tersebut dapat memberikan impak yang diharapkan melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti secara maya berbentuk perbincangan, lawatan, pameran, pertandingan kertas kerja serta beberapa aktiviti yang telah diungkayahkan oleh rakan-rakan strategik lainnya.

    Salah seorang wakil daripada peserta program, Dayang Siti Noor Syaza Zafirah binti Shahri berkata sepanjang program diadakan, mereka telah mempelajari banyak ilmu baharu melalui perkongsian termasuklah perbincangan secara berkumpulan.

    Antara pengisian majlis penutup tersebut adalah pembentangan daripada para peserta mengikut kumpulan masing-masing yang antara lain mengongsikan mengenai kebudayaan masyarakat Brunei termasuklah dari segi makanan, pakaian serta kehidupan belia yang kini tertumpu kepada teknologi ketika negara dilanda wabak COVID-19.

    E-PBCTA yang diungkayahkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun ini bertujuan dijadikan sebagai platform kepada para peserta dan organisasi belia untuk berinteraksi secara maya di samping dapat bertukar-tukar pandangan terutama dalam bidang pembangunan belia. belia.

    Dayang Mariam bersama peserta lain semasa menghadiri E-Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA) 2022 yang berakhir kelmarin. – Gambar serahan KKBS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...