LOS ANGELES, 10 Feb – Robert Easter berharap untuk membuat pertarungan menarik di depan peminat di Toledo, Ohio, esok apabila mempertaruhkan gelaran dunianya lightweight menentang Luis Cruz dari Puerto Rico.
“Saya mempunyai pesaing yang kuat di depan saya. Cruz akan datang untuk bertarung dan memberikan persaingan, saya bersedia untuk menghasilkan ‘knockout’,” kata Easter, yang mengumpulkan rekod 18-0 dengan 14 ‘knockout’ dalam pertarungan itu.
Cruz mencatatkan 22-4 dengan sekali seri dan 16 ‘knockout’.
Kekuatan tumbukan Easter memang dikenali ketika dia berada dalam pertarungan pertamanya sejak menewaskan Richard Commey dengan keputusan berasingan 12 pusingan pada September lalu. – AFP