Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    EasyJet beli 56 jet Airbus A320neo

    LONDON, 21 JUN – Syarikat penerbangan tambang murah Britain, EasyJet kelmarin telah melaksanakan pilihan untuk membeli 56 buah pesawat A320neo lorong tunggal dan jimat bahan api daripada syarikat gergasi aeroangkasa Eropah, Airbus.

    EasyJet dalam satu kenyataan berkata, ia telah memperoleh diskaun tinggi untuk jet tersebut, yang bernilai AS$6.5 bilion pada harga senarai dan akan dihantar antara 2026 dan 2029. Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Luton, utara London itu menambah, ia telah menukar sebanyak 18 pesanan A320neos kepada A321neos bagi penghantaran antara 2024 dan 2027. Harga 56 buah pesawat A320neos akan ‘lebih rendah’ disebabkan persetujuan yang diberikan EasyJet berkaitan dengan perjanjian 2013 dengan Airbus.

    EasyJet berkata, jet A320neo akan menghantarkan antara 15 dan 25 peratus kecekapan bahan api kos unit, berbanding pesawat lama yang mereka ingin gantikan. Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas EasyJet memutuskan untuk mengurangkan bilangan penerbangannya pada musim panas ini, kerana sektor penerbangan United Kingdom (UK) bergelut dengan kekurangan kakitangan yang teruk.

    Syarikat penerbangan dan lapangan terbang kini jelas bergelut bagi merekrut kakitangan ketika perkhidmatan dibuka semula selepas pembatalan sekatan pandemik, yang menyaksikan sektor penerbangan memecat ribuan pekerja.

    Di sebalik kekecohan tersebut, EasyJet telah menegaskan kelmarin bahawa tempahannya kekal ‘kukuh’ untuk bulan-bulan musim panas dengan permintaan yang tinggi pada bulan Julai dan Ogos. – AFP

    Sebuah pesawat Airbus A321XLR dilihat di kilang Airbus di Hamburg, utara Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...