Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    EBA dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah melancarkan Energy Business Academy (EBA) 2.0 secara dalam talian di mana sebanyak 10 buah syarikat telah terpilih sebagai peserta kitaran kedua untuk bekerjasama rapat dengan jurulatih berpengalaman, hari ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah In-Country Value di Ke-menterian Tenaga, Romeo Wee Edong; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Enterprise (DARe), Daniel Leong; Pengurus In-Country Value BSP, Hajah Rosita binti Haji Hassan dan Pengurus Pentadbiran Rantaian Bekalan BSP, Mariana Omar serta wakil syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

    Hajah Rosita dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa EBA 2.0 kitaran kedua datang dengan penambahbaikan untuk terus memberi sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan ke arah perjalanan pembangunan mereka.

    Acara kemuncak pelancaran kitaran kedua tersebut diselajurkan dengan pelancaran Jurnal Pembekal, alat dalam talian untuk membantu mencipta program pembangunan dengan kadar syarikat sendiri.

    “Syarikat-syarikat boleh berkongsi visi dan cita-cita mereka, peluang sasaran, matlamat perniagaan SMART untuk diusahakan dalam program EBA 2.0,” katanya lagi.

    Daniel Leong, Hajah Rosita dan Mariana Omar serta wakil syarikat-syarikat yang mengambil bahagian semasa menghadiri majlis pelancaran program tersebut. – Gambar serahan BSP

    Melalui alat dalam talian, jelasnya, syarikat juga boleh mengenal pasti jurang dan keupayaan semasa mereka dalam bidang seperti kewangan, operasi, HSSE, kepimpinan dan lain-lain yang akan menyokong mereka dalam pembangunan dalam mencapai matlamat mereka.

    Sebagai tambahan, jurulatih dalam kalangan BSP dan antarabangsa dikenal pasti untuk memberi bimbingan dan mentor di samping berpeluang belajar melalui acara pembelajaran yang dianjurkan untuk memenuhi keperluan syarikat.

    “Saya teruja untuk menemui peluang baharu dengan syarikat masing-masing dan pembangunan pembekal merupakan salah satu penyampaian strategik utama untuk ICV,” jelasnya.

    Beliau seterusnya mengongsikan mengenai jumlah pada tahun 2015 tersebut hanya 10 syarikat tempatan dalam core quadrant dan jumlah itu telah berkembang dengan ketara dengan 30 syarikat tempatan mengendalikan Core quadrant, mewakili 46 peratus daripada semua syarikat tempatan dalam quadrant ini.

    “Terdapat juga syarikat tempatan yang melalui peringkat asas dan pembangunan quadrant hingga ke quadrant teras yang lebih kompleks kontraknya di mana perjalanan ini memerlukan komitmen dan ketabahan daripada semua pihak yang terlibat, “ jelasnya.

    Syarikat yang berjaya terpilih itu, Dream Makers Services, Jezemm Services, MKJ Techincal Services Sdn Bhd, Rukun Al Yaqeen (RAY) International Sdn Bhd, QET Sdn Bhd, QUAEZAR Engineering and Construction.

    Selain itu, S. B. Kani Company, Sepakat Energy Services Sdn Bhd, Sivli Tech Sdn Bhd dan Zu-Hy Contractor.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...