Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ECB perlu naikkan kadar faedah bendung inflasi

    BERLIN, 9 MEI – Ketua bank pusat Finland Olli Rehn berkata hari ini Bank Pusat Eropah (ECB) perlu menaikkan kadar faedahnya seawal Julai, ketika blok itu bergelut
    dengan inflasi meningkat yang dicetuskan serangan Rusia ke atas Ukraine.

    ECB telah mengekalkan kadar faedahnya pada tahap rendah sejak beberapa tahun lalu untuk merangsang ekonomi Eropah yang lemah.

    Namun dengan harga pengguna naik mendadak, gesaan juga meningkat meminta ECB menamatkan pakej perangsang dan mengikut bank pusat lain untuk menambah kadar faedah.

    Tidak seperti di AS di mana gaji telah meningkat enam peratus, di Eropah, kenaikan telah dihadkan di antara 1.5 dan 2.5 peratus, kata Rehn dalam temu bual dengan akhbar Welt.

    Bagaimanapun, beliau berkata telah pun wujudnya tanda-tanda kesan inflasi pusingan kedua.

    “Kami dengan tu mesti mengelak jangkaan inflasi daripada menjadi lebih buruk,” katanya.
    “Adalah wajar untuk kami menaikkan kadar faedah dalam suku ketiga, mungkin pada Julai,” tambah Rehn.

    Namun melaksanakannya terlalu awal berisiko menjejas pertumbuhan pada masa sensitif untuk ekonomi Eropah disebabkan peperangan di Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...