Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ECB rangsang pasaran Eropah

    LONDON, 19 MAC – Pasaran saham Eropah melantun hari ini selepas pembukaan yang bercampur baur, dengan pelabur menerima rangsangan pembelian bon dari Bank Pusat Eropah yang bernilai 750 bilion euro bagi mengawal kemerosotan ekonomi dari penularan wabak koronavirus.

    Dalam permulaan hebat, tanda aras London, FTSE 100 indeks meningkat 1.6 peratus kepada 5,163.95 mata dan DAX dari Frankfurt meraih 1.9 peratus pada 8,603.44.

    Paris CAC melonjak 3.7 peratus kepada 3,892.62 mata.

    Selepas mengumumkan program rangsangan, ketua ECB, Cristian Lagarde memuat naik satu Tweet ‘masa yang luar biasa memerlukan tindakan luar biasa. Komitmen kami terhadap euro tiada batasan.”

    Komen tersebut bergema kepada ketua sebelumnya, yang berikrar untuk ‘melakukan segala-galanya’ untuk mengekalkan zon euro dilihat sebagai titik perubahan dalam krisis hutang kerajaan.

    “Bank Pusat Eropah sangat suka kepada nama singkatan. Dari LTROs dan TLTROs dan sekarang kami boleh menambah PEPP – Program Pembelian Kecemasan Pandemik,” kata penganalisis Markert.com, Neil Wilson.

    “Dengan jumlah sangat besar, dana 750 bilion euro kelihatan seperti bazuka daripada segala yang mereka lakukan sejauh ini. Christine Lagarde dan rakan, mengetahui mereka perlu untuk meningkat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda