Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

ECB usaha turunkan inflasi, pulihkan harga

GENEVA, 8 MAC – Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) , Christine Lagarde berkata hari ini ECB akan melakukan sedaya upaya untuk menurunkan inflasi dan memulihkan kestabilan harga.

Bercakap di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Lagarde berkata ECB akan berusaha sedaya upaya untuk memerangi inflasi yang melanda kebanyakan negara di zon euro.

“Kami akan memulihkan kestabilan harga dan kami akan melakukan apa yang mampu,” kata beliau.

“Mereka yang menjadi mangsa inflasi tinggi adalah golongan kurang bernasib baik dan rentan,” katanya.

Bercakap bersama Ketua WTO, Ngozi Okonjo-Ireala sempena acara meraikan Hari Wanita Antarabangsa, Lagarde menekankan bahawa wanita adalah antara mereka yang paling terkesan akibat inflasi. “Mereka yang menerima gaji paling rendah adalah wanita.”

ECB telah menaikkan kadar faedah sejak Julai lalu untuk mengurangkan inflasi kepada sasaran dua peratus.

Minggu lalu, Lagarde berkata lebih banyak kenaikan kadar faedah mungkin diperlukan di zon euro selepas kenaikan setengah peratusan mata yang dikatakan bakal dilakukan pada akhir bulan ini.

“Sebagai Presiden ECB, tugas saya adalah agak terhad, tetapi ia amat penting, iaitu menstabilkan harga,” katanya hari ini. – AFP

Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde menyampaikan ucapan sempena Hari Wanita Antarabangsa di ibu pejabat WTO, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -