Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    ECERDC sasar pelaburan komited, merealisasi RM7 bilion pelaburan

    KUANTAN, 1 FEB – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan untuk menarik pelaburan komited berjumlah RM14 bilion dan pelaburan yang direalisasikan bernilai RM7 bilion untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tahun ini. 

    Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Baidzawi Che Mat berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi insentif-insentif cukai yang diumumkan kerajaan Malaysia selain momentum berterusan kemasukan pelaburan yang berjaya dicapai pada tahun lepas.

    Pada tahun 2021, ECERDC berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM13.4 bilion untuk ECER, melebihi sasaran awalnya sebanyak RM12 bilion, dan merealisasikan pelaburan bernilai RM4.7 bilion di tengah-tengah COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Pencapaian memberangsangkan tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan kami yakin pada tahun 2022 (dengan pelonggaran sekatan), pelabur akan datang kerana pergerakan lebih senang dan mereka boleh bergerak ke sana dan sini.

    “Kami yakin RM14 bilion itu mampu dicapai dengan kesungguhan serta iltizam yang tinggi untuk mempromosikan rantau ini, kami yakin pelabur akan datang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...