Eco-Challenge Fiji, perlumbaan paling mencabar di dunia

LONDON – Bear Grylls mengatakan dia menangis setelah tekad menyertai perlumbaan paling mencabar di dunia ‘World’s Toughest Race: Eco-Challenge Fiji’ ketika mereka berlumba melalui hutan dan merentasi gunung sehingga kehausan dan kesakitan.

Musim siri ke-10, episod yang baharu, yang dihoskan oleh Grylls dengan 66 pasukan dari 30 buah negara, akan membuat penampilan mereka pada 14 Ogos ini di Vide Amazon Prime, diumumkan pada Rabu lalu. Episod tersebut dirakam pada musim luruh lalu, sebelum wabak COVID-19 melanda.

Perlumbaan tanpa henti dengan 330 peserta menyertainya diadakan selama 11 hari dan merentasi lebih dari 400 batu.

“Sukar untuk melihat pelumba tersingkir setelah menghabiskan banyak masa dan tenaga sebagai persediaan mereka untuk perlumbaan ini,” kata Grylls.

“Tetapi pada masa yang sama, mereka yang bertahan, sama ada mereka menang atau tidak, itu bukan soal kemenangan sahaja,” katanya.

Para pelumba semasa dalam perlumbaan pengembaraan Eco-Challenge 2019 di Fiji. Pertandingan yang disertai oleh 66 pasukan dari 30 buah negara, akan memulakan perlumbaan musim baharunya pada 14 Ogos ini. – AP
Salah seorang peserta yang menyertai perlumbaan pengembaraan Eco-Challenge 2019 di Fiji. – AP

“Ini adalah ekspedisi dengan jam catatan masa hanya untuk menyelesaikannya dan untuk menamatkan sebagai pencapaian terbaik.”

“Saya kadang-kadang menangis tanpa rasa malu, melihat usaha mereka dan bagaimana ia cukup bermakna bagi orang-orang ini,” kata Grylls, seorang pegembara yang pernah menyertai siri survival ‘Man vs Wild’.

Grylls menyatakan pelbagai jenis kaum yang mengikuti perlumbaan ini, termasuk pasukan daripada Afrika Amerika yang pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa.

Satu lagi peserta dari skuad AS, Mark Macy, pesaing Eco-Challenge yang lalu itu didiagnosis menghidap Alzheimer dan anaknya, Travis mengikuti perlumbaan ini cukup mengagumkan.

“Itu adalah perjalanan yang sangat emosional bagi mereka untuk berlumba bersama, anak lelakinya ingin berada bersama ayahnya,” kata Grylls. –AP