Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Eco Chat bincang ekonomi sirkular

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), menerusi Siri SME 360 Kempen Negara Mapan, baru-baru ini, mengadakan ceramah pertama Siri Eco Chat yang mengetengahkan pentingnya ekonomi sirkular dengan negara menuju ke arah masa hadapan mapan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, menyatakan bahawa Siri Eco Chat mengetengahkan panel penceramah unggul termasuk Ketua Pegawai Pemasaran BIBD dan Sustainable Nation Lead, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar, Ketua Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS), Dayang Noor Dina Zharina binti Yahya; Pengasas MY Action for SDGs, Dayang Nurul Hadina binti Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif BioLoop Malaysia, Jun Kit Mah.

    Kenyataan menyatakan bahawa menurut Forum Ekonomi Sedunia, sebuah ekonomi sirkular mempromosikan penghapusan sisa dan penggunaan selamat sumber-sumber asli serta menawarkan sebuah alternatif kepada pendekatan ambil-buat-buang kepada pembuatan dan penggunaan.

    Menyentuh mengenai topik ekonomi sirkular, Hajah Nurul Akmar berkata perniagaan merupakan pemacu ekonomi bersama dengan pengurusan rantaian bekalan. Beliau berkata lagi bahawa tanpa kita menyedarinya, model-model perniagaan telah direka berdasarkan sebuah ekonomi linear iaitu ambil, buat dan buang, yang merosakkan ekosistem dengan sumber-sumber yang terhad.

    Sementara itu, Dayang Noor Dina Zharina mengetengahkan bahawa sebuah ekonomi sirkular berperanan dalam mengurangkan gas rumah hijau global sehingga 39 peratus dan adalah mustahak untuk mengangkat sebuah ekonomi sirkular dalam membawa perubahan transformasi yang diperlukan untuk mencapai Net Zero menjelang 2050, seperti komitmen Negara Brunei Darussalam semasa COP26 baru-baru ini.

    Barisan ahli panel pada ceramah pertama Siri Eco Chat yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan BIBD

    Manakala itu, Dayang Nurul Hadina mengalu-alukan kerjasama dalam Kempen Negara Mapan sebagai langkah penting menuju ke arah pencapaian Agenda 2030 serta kepentingan gaya hidup mapan dan kemapanan secara amnya.

    Jun Kit Mah pula berkata, ekonomi sirkular mungkin kelihatan sebagai sebuah konsep makro tetapi ia merupakan sesuatu yang semua orang mampu berikan impak dengan upcycling, iaitu proses menukarkan sisa menjadi sesuatu yang lebih berguna dan di mana semua orang boleh terlibat sama.

    Siri Eco Chat merupakan kerjasama antara Community for Brunei dan ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) Brunei, yang dihasratkan untuk menjadi pemangkin bagi perubahan dan pendidikan dengan memulakan perbahasan serta mendidik orang ramai dengan pakar industri dan pihak yang berkepentingan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...