Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Eco Chat bincang pengeluaran makanan mampan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), melalui SME 360 Series of the Sustainable Nation Campaign, meneruskan Siri Eco Chat mereka baru-baru ini yang menyaksikan perbincangan mengenai penggunaan dan pengeluaran makanan mampan.

    Siri Eco Chat menampilkan penceramah terkemuka seperti Ketua Bahagian Industri Tanaman, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Hirman bin Haji Abu; Pengurus Tree Lane Farm dan Eco-Agro Farm, Awang Alwi Sufian; Kaunselor Perniagaan di Shell LiveWIRE Brunei, Bobby Hassan; dan pengasas dan Ketua Pegawai Inovasi Ground Up Innovation Labs for Development (GUILD), Mohd ​​Ibnur Rashad.

    Barisan panel berkenaan berkongsi bagaimana wabak COVID telah memberi kesan ketara kepada pengeluaran dan rantaian bekalan makanan untuk petani tempatan. Selain itu juga membincangkan usaha dasar dan kawal selia untuk mengemudi pengeluaran dan penggunaan makanan secara mampan.

    Awang Hirman berkata tahap kesedaran dan kefahaman mengenai keseluruhan amalan perladangan lestari perlu ditingkatkan bagi mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pelanggan dan pengguna.

    Sementara itu, Bobby Hassan mencadangkan agar Hari Peladang Sedunia diperkenalkan semula pada masa hadapan untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai dan menonjolkan petani tempatan yang menyokong amalan pertanian yang baik dan bertanggungjawab.

    Manakala Awang Alwi berkata inisiatif baharu untuk menggalakkan penggunaan dan pengeluaran makanan yang mampan perlu dilancarkan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta bagi menggalakkan pelanggan cenderung kepada barangan ladang yang dihasilkan secara mampan.

    Semenatara itu, Muhd Ibnur berkata inisiatif dan penyelesaian sedemikian perlu ringkas dan menarik serta berdaya maju.

    Siri Eco Chat anjuran BIBD membincangkan mengenai penggunaan dan pengeluaran makanan mampan, secara maya.– Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...