Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Eco PERBEKAL sempena Hari Kebangsaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), kelmarin, telah melancarkan Eco PERBEKAL sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun di Ruang Legar Sekolah Rendah Datu Mahawangsa, Lambak Berakas.

    Majlis anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lambak B yang berteraskan silaturahim penduduk kampung dan ahli-ahli PERBEKAL adalah terhad kepada 30 penyertaan sahaja, disebabkan situasi semasa pandemik dengan menitik beratkan soal keselamatan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

    Acara berkenaan diisikan dengan aktiviti berjalan kaki mengelilingi kawasan persekitaran Kampung Lambak B sejauh 2.5km.

    Terdahulu acara dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir dan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Acara diteruskan dengan aktiviti mini sukan muhibah dan pelancaran Eco PERBEKAL yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haj Mahmud selaku penaung PERBEKAL.

    Eco PERBEKAL merupakan aktiviti sampingan PERBEKAL yang juga merupakan program perekonomian jangka pendek dan jangka panjang.

    Selepas pelancaran, tetamu kehormat menyaksikan mini pameran kegiatan dan hasil program ekonomi tersebut.

    Majlis turut menyaksikan Pemangku Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku penasihat PERBEKAL merasmikan baju T PERBEKAL terkini dan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan, yang disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua 1, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof dan Naib Yang Dipertua 2, Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Mohd Tahir.

    Tetamu kehormat menyaksikan aktiviti jualan yang diadakan semasa pelancaran di Sekolah Rendah Mahawangsa, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...