Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Ecuador harap patahkan sumpahan Paraguay

    MONTEVIDEO, 23 MAC – Ecuador esok akan cuba mematahkan sumpahan apabila mereka akan berkunjung ke Paraguay untuk memburu slot ke Piala Dunia di Qatar tahun ini.

    Dalam lapan pertemuan di pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay di gelanggang lawan, Ecuador tewas dalam kesemua pertemuan.

    Jika mereka berjaya mengelak kekalahan, mereka akan layak ke Qatar dengan berbaki satu perlawanan, menjadikan perlawanan terakhir mereka menentang Argentina di Guayaquil pada 29 Mac menjadi satu keraian, sesuatu yang kebanyakan penduduk Ecuador menjangkakan ia adalah mustahil pada permulaan kempen.

    “Pasukan kebangsaan ini layak menerima pujian lebih banyak kerana jika awda bersikap jujur, 99.9 peratus penduduk Ecuador tidak membayangkan mereka akan layak ke Piala Dunia,” kata Carlos Tenorio, bekas penyerang antarabangsa yang meledak dua gol untuk Ecuador pada Piala Dunia 2006 di Jerman, kepada El Universo.

    “Orang ramai masih mengenang gol Tenorio pada 2006,” apabila Ecuador mara ke pusingan kelompok 16 terakhir.

    “Pada zaman kami, mereka memberikan kegembiraan tetapi sekarang pemain layak menerima lebih lagi dan mereka berada di kedudukan lebih baik berbanding apa yang kami kecapi.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...