Ecuador longgar sekatan mengikut kod warna

QUITO, 27 APRIL – Ecuador akan melonggarkan sekatan secara beransur-ansur selepas mengenakan lockdown selama tujuh minggu, kata presiden, dengan bandar diberikan kod warna menurut tahap risiko mereka.

Negara Amerika Selatan itu telah mencatat lebih 22,000 jangkitan COVID-19 dan hampir 600 kematian, menurut pengiraan John Hopkins dari AS.

Lenin Moreno mengesahkan semalam bahawa sempadan Ecuador akan ditutup, perjalanan tidak dibenarkan di antara wilayah, dan acara besar-besaran tetap diharamkan dan sekolah digantung. Namun mulai 4 Mei, beliau berkata kawasan ‘bergantung pada petunjuk kesihatan, akan dikenal pasti berdasarkan warna lampu isyarat – merah, kuning dan hijau – dan ‘ia akan menentukan pembukaan semula beberapa sektor secara beransur-ansur.’

Kawasan merah akan kekal ditutup, walaupun perkhidmatan penghantaran dalam talian akan diperluaskan.

Namun rantau kuning dan hijau akan melihat sekatan pengangkutan dibatalkan, waktu perintah berkurung dikurangkan, sehingga 70 peratus pekerja dibenarkan kembali bekerja dan sesetengah kedai dibuka semula.

Bagaimanapun, Moreno menekankan: “Sekiranya terdapat tanda-tanda virus muncul semula, situasi pengasingan dan perintah berkurung akan dikuat kuasa semula.” – AFP