Ecuador pintas Jepun, layak ke Piala Davis

TOKYO, 6 MAC – Ecuador mencatat kemenangan 2-0 ke atas Jepun dengan kemenangan bagi kelayakan Piala Davis hari ini di barat Jepun, di mana perlawanan berlangsung secara tertutup bagi mencegah penularan wabak koronavirus.

Emilio Gomez menewaskan Go Soeda 7-5, 7-6 (7/3), manakala Robert Quiroz mengalahkan Yasutaka Uchiyama 7-6 (7/4), 2-6, 7-6 (10/8).

Pemain tangan kidal, Quiroz yang berada di kedudukan 276 dunia, berjaya melakukan servis terbaik yang memaksa pemain kedudukan ke-90 dunia, Uchiyama bertahan.

Beliau melakukan 16 aces dan memenangi mata sebanyak 78 peratus daripada servis pertamanya.

Uchiyama kembali dalam set kedua dengan memintas Quiroz dua kali dan melakukan pukulan kuat yang memaksa lawannya melakukan kesilapan.

Aksi pemain Ecuador semasa perlawanan kelayakan Piala Davis di barat Jepun, kelmarin. – Agensi

Tetapi Quiroz kekal dalam perlawanan itu, dengan kedua-dua pemain mengekalkan semua servis yang baik pada set pertama dan ketiga, dengan Ecuador mengalahkan Uchiyama dalam tie-breaks selepas dua set.

Gomez, yang menduduki tempat ke-151, berjaya mara ke pusingan seterusnya setelah menumpaskan pemain veteran, Soeda yang menduduki ranking 117 dunia.

Soeda cuba untuk mengembalikan rentak permainannya, tetapi ia cukup untuk melepasi tekanan daripada Gomez.

Jepun beraksi tanpa dua pemain bintang mereka, termasuk Kei Nishikori yang tercedera, beliau turut menyaksikan dan bersorak untuk rakan sepasukannya di stadium kelmarin.

Pemain dunia ranking 48 Yoshihito Nishioka memutuskan untuk tidak menyertai pasukan kebangsaan untuk mengelakkan kemungkinan dikuarantin kerana wabak COVID-19 ketika baru kembali ke Amerika Syarikat bagi acara Jelajah Masters ATP minggu depan di Indian Wells. –AFP