Ecuador siap sedia protes besar-besaran

QUITO, 9 OKT – Ibu negara Ecuador bersedia untuk menghadapi bantahan besar-besaran hari ini meskipun rundingan di antara kerajaan dan pemimpin penduduk asli, tatkala kemarahan meletus sekali lagi berhubung kenaikan harga minyak.

Kesatuan dan kumpulan lain yang marah pada kenaikan harga dijangka membanjiri jalan raya Quito bersama ribuan petani dan penduduk asli.

Mereka menuntut Presiden Lenin Moreno mengembalikan semula subsidi minyak yang dibatalkan selepas pinjaman berjumlah $4.2 bilion dipersetujui oleh Tabung Mata Wang Antarabangsa.

“Kami telah pun berhubung dan bercakap dengan beberapa pemimpin mereka,” kata Moreno semalam ketika beliau berjumpa dengan tentera di bandar Guayaquil, di mana beliau memindahkan ibu pejabat kerajaan pada minggu lalu.

Timbulnya ‘beberapa kesulitan,’ akui beliau tatkala lebih daripada 60 pertubuhan menentang kenaikan harga minyak tersebut.

Semalam, pertempuran di antara anggota keselamatan dan pembantah meletus di luar Kongres dan penunjuk perasaan, kebanyakan mereka penduduk asli bersenjatakan kayu dan cemeti, merempuh melepasi sekatan keselamatan dan memasuki bangunan.

Mereka meluru masuk ke dalam bilik mesyuarat dan menghuni podium, namun diusir oleh anggota keselamatan.

“Hari ini di Bangunan Perhimpunan dan selepas ini kami akan mengepung Carondelet,” kata seorang pembantah, merujuk kepada istana presiden di ibu negara. – AFP

Penunjuk perasaan membakar dahan kayu dan tayar di luar perhimpunan negara di Quito ketika pertempuran pada 8 Oktober ekoran bantahan beberapa hari terhadap kenaikan harga minyak dicetuskan oleh keputusan pihak berkuasa untuk membatalkan subsidi. – AFP