Ed Sheeran positif COVID-19

Penyanyi pop Britain, Ed Sheeran disahkan positif COVID-19, Ahad lalu.

Sedang menjalani kuarantin, penyanyi berusia 30 tahun itu akan melakukan temu bual dan persembahan dari rumah.

Sheeran mendedahkan berita itu di laman sosial beberapa hari sebelum pelancaran album studio terbaharunya.

“Kemas kini ringkas untuk memaklumkan malangnya saya diuji positif COVID-19, jadi kini saya sedang mengasingkan diri dan mematuhi garis panduan ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan sebarang komitmen de-ngan kehadiran fizikal, jadi saya akan lakukan seberapa banyak mungkin wawancara dan persembahan yang telah dijadual, dari rumah. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang saya hampakan,” tulisnya di Instagram.

Sheeran baru-baru ini diumumkan sebagai tetamu muzikal bagi rancangan Saturday Night Live NBC pada 6 November.

Jurucakapnya bagaimanapun tidak mengesahkan persembahan mana yang akan dibatalkan Sheeran dan yang mana akan diteruskan dari rumah. – Agensi

Ed Sheeran mengumumkan disahkan positif COVID-19 pada Ahad lalu. – Agensi