Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Ed Sheeran tak bersalah

    Mahkamah Persekutuan Manhattan, Amerika Syarikat mendapati penyanyi dan komposer Ed Sheeran tidak bersalah atas dakwaan plagiarisme atau pelanggaran hak cipta untuk lagunya berjudul Thinking Out Loud.

    Ia berikutan Ed didakwa menyadur sebahagian melodi lagu nyanyian penyanyi legenda, Marvin Gaye berjudul Let’s Get It On tanpa kebenaran.

    Mengulas mengenai keputusan mahkamah itu, Ed berkata dia gembira keputusan berpihak kepadanya dan menarik balik keputusannya untuk bersara sebagai penyanyi.

    “Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan nampaknya saya tidak perlu bersara.

    “Tetapi rasa kecewa tetap ada apabila dituduh menciplak karya orang lain sehingga kes dibawa ke mahkamah,” katanya.

    Selain Marvin, lagu Let’s Get It On mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik, Ed Townsend yang dikeluarkan pada 1973.

    Ed bersama syarikat rakamannya iaitu Warner Music Group dan Sony Music Publishing disaman oleh tiga waris Ed Townsend.

    Penyanyi asal United Kingdom itu pernah berazam mengundurkan diri sekiranya dia didapati bersalah menciplak lagu berkenaan. – Agensi

    Ed Sheeran gembira selepas keputusan diumumkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -