Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    EDPSGO untuk kecemerlangan perkhidmatan awam

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Program kepimpinan seperti Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam dengan meningkatkan mutu dan membangun kompetensi kepimpinan serta pengurusan yang sedia ada.

    Dalam era penuh cabaran daripada segi perubahan pesat globalisasi, perubahan iklim dan gangguan digital (digital disruption), pemimpin yang berkeupayaan dan tangkas diperlukan bagi menerajui dasar, inisiatif dan program kerajaan dengan berkesan.

    Perkara itu ditekankan oleh Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu dalam ucapannya di Majlis Pembukaan Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Ke-30 yang berlangsung di Dewan Isyraq, Institut Perkhidmatan Awam, Rimba Gadong, hari ini.

    Dato Seri Paduka Haji Sufian menyampaikan ucapannya di Pembukaan Program EDPSGO Ke-30 yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...