Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    EFKON tambah lorong SmartTAG

    KUALA LUMPUR, 29 DIS – EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi Austria bagi sistem kutipan tol infra merah di lebuh raya Malaysia menyarankan supaya pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya mempertimbang untuk menambah lorong kemudahan SmartTAG, kata pengarahnya Helmuth Blasch.

    Menurutnya, pada tahun ini sahaja, sebanyak 75 peratus daripada 270,000 kenderaan penumpang dan komersial baharu yang didaftarkan di Semenanjung Malaysia sehingga September lepas, telah menerima peranti SmartTAG sama ada dalam bentuk siap dipasang atau mudah alih.

    “Di Jerman misalnya, Sistem Tol Trak Seluruh Negara yang dipasang di semua lebuh raya dalam konfigurasi Aliran Bebas Pelbagai Laluan (MLFF) terbukti amat berkesan dari segi memberi kemudahan kepada lebih dua juta trak yang bergerak sehingga 100 kilometer sejam.

    “Ia turut menggunakan teknologi IR yang sama seperti di Malaysia bagi pengesahan bayaran. Kami turut melakukan ujian serupa di Malaysia dan unit SmartTAG kami turut mematuhi piawaian DSRC (Komunikasi Jarak Dekat) dan turut diperakui oleh pihak ECE R10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...