ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
NOVEL Wild Like the Wind karya penulisan Kristen Ashley mengisahkan tentang seorang lelaki yang dikenali dengan gelaran sebagai Hound yang mempunyai reputasinya yang tersendiri.
Hound dikenali sebagai seorang yang kasar, yang selalu bergaduh dan suka berfoya-foya. Apabila sebuah kelab motosikal yang dikenali sebagai Chaos menginginkan seseorang untuk melakukan tugasan yang sukar, Hound adalah orang yang mereka cari.
Walau bagaimanapun, Hound mempunyai rahsianya sendiri. Dia telah jatuh cinta terhadap seorang wanita beberapa tahun yang lalu. Seorang wanita yang tidak dapat disentuhnya, tidak dapat dimilikinya dan meskipun statusnya telah berubah, bagi Hound segala-galanya masih sama.

Keely Black yang dahulunya mempunyai segala-galanya kini telah kehilangan semuanya. Terlontar ke dalam jurang kehilangan dan kesedihan, dia menghadapi kehidupan yang sukar untuk membesarkan kedua anak lelakinya di samping menghadapi kemarahan terhadap semua yang telah dirampas daripada mereka.
Perkataan-perkataan yang diungkapkan daripada kemarahan telah membuka mata Hound dan Keely.