Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ehalal.com sasar lebih banyak penyertaan pembekal

    KUALA LUMPUR, 7 April – ehalal.com, platform halal global setempat, menyasarkan lebih ramai peserta industri berkaitan akan mendaftarkan syarikat mereka di direktorinya.

    e-halal.com, yang dilancarkan pada Mei 2016, kini mempunyai kira-kira 2,000 pembekal barangan dan perkhidmatan halal yang mendaftar di pangkalan datanya. Eksekutif Pembangunan Perniagaannya Farhizad Salleh berkata syarikat yang mendaftar akan dapat mempromosikan produk halal mereka melalui eHalal.com pada pelbagai platform, untuk pasaran global.

    “Kami boleh membantu mempromosikan produk pembekal pada pelbagai acara di mana kami akan membawa bersama risalah, malah produk mereka untuk dipamerkan di gerai kami. Kami juga melakukan promosi di laman web dan platform media sosial kami.

    “Kami mempunyai beberapa pakej promosi, dan pembekal juga boleh memohon untuk menggunakan logo eHalal bagi tujuan pemasaran mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. eHalal.com merupakan inisiatif di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Ia berfungsi sebagai direktori halal global setempat, yang membolehkan dan melindungi pengeluar barangan dan perkhidmatan halal mencapai dunia e-dagang dan mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia.

    Menurut laman webnya, eHalal.com membolehkan pembekal produk dan perkhidmatan halal memaparkan maklumat mengenai syarikat mereka, pensijilan yang berkaitan, produk dan produk pakej. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda