Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Ejen-ejen Afghan buang 3,000 liter minuman keras ke terusan

    KABUL, 3 JAN – Sepasukan ejen perisikan Aghan telah membuang sekitar 3,000 liter minuman keras ke terusan Kabul, kata agensi perisikan negara itu, kelmarin, ketika pihak berkuasa Taliban bertindak keras ke atas penjualan alkohol.

    Rakaman video yang disiarkan oleh Direktorat Perisikan Am (GDI) menunjukkan ejen-ejennya menuang alkohol yang disimpan dalam tong ke terusan selepas merampasnya semasa serbuan di bandar itu.

    “Orang Islam perlu menjauhi daripada menghasilkan dan memasarkan alkohol,” kata cendekiawan Islam dalam video yang disiarkan agensi dalam Twitter kelmarin.

    Tidak jelas bila serbuan dijalankan atau bila minuman keras itu dimusnahkan, namun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi itu mengatakan tiga dalangnya telah ditangkap semasa operasi tersebut. Sebelum ini, larangan penjualan dan pengambilan alkohol sudah dikuatkuasa di Afghanistan, namun peraturan itu semakin tegas dilaksanakan di bawah pentadbiran Taliban. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...