Ejen hartanah diseru pelbagaikan portfolio, guna teknologi digital

KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Memandangkan banyak ejen hartanah di seluruh rantau ASEAN sedang menyesuaikan diri dengan ‘norma baharu’ susulan COVID-19, timbul saranan agar mereka mempelbagaikan portfolio dan mencari pelanggan baharu yang mendapat faedah daripada pandemik koronavirus.

Setiausaha Agung Perikatan Rangkaian Hartanah ASEAN (ARENA), K Soma Sundram berkata perancangan segera perlu diambil dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan pendigitalan untuk mempromosikan diri mereka dalam dunia maya.

“Adalah penting bagi mereka membawa lebih nilai kepada pelanggan, melalui latihan serta pemasaran digital yang dipertingkatkan.

“Persatuan juga boleh bekerjasama dengan rakan kongsi yang mampu menyokong khususnya daripada segi kewangan,” katanya dalam satu ringkasan kolektif di forum maya pertama ARENA, yang beliau pengerusikan. – Bernama